Mahasiswa adalah aset terpenting negara.Daripada segi pendedahan keintelektualan, golongan ini dalah lapiasan yang palig terkehadapan. Hal ini perlu menjadikan Mahasiswa menjadi golongan paling sedar dan mneyedarkan. Meskipun Mahasiswa kini tidak seperti era-70 an dahulu. Namun kita sedar bahawa usia perjalanan masa mematangkan pergerakan perjuangan Mahasiswa.

Demontrasi adalah langkah akhir menyuarakan pandangan dan suara hati. Ini menjadikan jalan ini tidak menjadi pilihan utama kini memandang natijahnya kepada keamanan negara jelas tidak membantu. Lebih banyak pihak yang mengambil kesempatan daripada memperjuangkan hal yang sebenar. Kita dapat lihat bagaimana demontarsi di negara jiran kita. Kerosakan dan kemusnahan harta awam berlaku dengan banyaknya dan kestabilan negara tergugat. Natijahnya para pelabur lari dan rakyat hidup dalam ketakutan. Jelas demotrasi adalah pilihan yang terakhir di dalam meyuarakan pendapat.

Meskipun begitu. Kita amat kesal dengan peratus mahasiswa yang terlibat dengan masalah kelakuan sosial. Pelacuran terhormat, dadah, keruntuhan nilai intelek,budaya hiburan melampau, hubungan bebas, terkandas di dalam pelajaran adalah di antara beberapa masalah yang tidak mencerminkan mahasiswanya seseorang mahasiswa. Jelas kepedulian sosial jatuh ketahap yang terendah. Jelas mahasiswa kini berada di zon selesa sehingga tidak menghiraukan masyarakat. Golongan yang terpelar tidak menjadi unggul sekiranya ilmu masyarakat tidak dikuasai.Sehingga di dalam Al-Quran juga ada disebut untuk menjadi masyarakat yang unggul perlu melengakapi tiga ciri iaitu perlu berbuat kebaikan, mencegah keburukan dan mengakui tentang wujudnya Tuhan..Nabi Muhamad SAW juga menyatakan di dalam hadis baginda yang bermaksud bahawa golongan yang dikatakan unggul dan baik adalah golongan yang bermanafaat dan boleh dimanafaatkan oleh orang lain.

Jelas ketinggian ilmu yang ada pada mahasiswa adalah tidak bernilai sekiranya ilmu yang ada padanya tidak dicurahkan kepada masyarakat. Masyarakat mahasiswa tidak hanya perlu terperuk di kelas-kelas kuliah sahaja dan tidak menjengah keluar dari kepompong universiti. Mahasiswa perlu mengambil peduli tentang masalah masyarakat sekitar. Mahasiswa bukan calang-calang golongan di dalam hieraraki masyarakat. Pak Natsir seorang pejuang ulung Indonesia pernah berpesan. Pemimpin-pemimpin yang hebat tidak lahir hanya di bilik-bilik kuliah.Mahasiswa perlu sedar kita adalah golongan harapan dan benteng pertahanan utama negara.

Menurut Dr.Fazilah Kamsah masalah golongan muda berlaku apabiala golongan ini tidak mempunay sebarang agenda besar dan matlamat didalam kehidupan. Mengikut kajian yang dilakukan beliau hampir 80 peratus anak-anak Melayu di tingkatan empat dan lima belum ada matlamat hidup yang jelas..Menurut beliau lagi “Orang jadi hebat bila ada agenda besar, agenda besar ini yang menguasai hidup kita. Lepas 13 Mei, orang Melayu memang bersatu, lepas tu dah lupa. Jadi bila agenda besar tak ada, Akademi Fantasia jadi agenda”.

Mahasiswa perlu bangun dan keluar dari label-label masalah yang dilemparkan kepada kita.menurut. Cukuplah dengan masalaah black metal,fahaman sesat,label pro kerajaan atau pro pembangkang. Kita adalah golongan istemewa dan bukan menjadi alat bagimana-mana pihak yang berkepentingan. Kita perlu menanam azam dan meletak agenda besar dalam matlamat besar di dalam kehidupan.Kehadiran Mahasiswa di menara gading bukanlah sahaja untuk mencari pekerjaan malah peranannya adalah lebih dari itu. Menara gading bukanlah kilang pengeluar pekerja sahaja di samping tidak mengetepikan kepentingan menguasai ilmu kepakaran didalam sesuati bidan pekerjaan.. Kita tidak mahu universiti menjadi kilang pengeluar produk pekerja yang tinggi dari segi intelektual dan kepakaran tetapi dangkal dari segi nilai akal dan budi. Kita percaya universiti di Malaysia tidak mengetepikan soal pembangunan insan. Hal ini adalah selaras dengan gesaan Perdana Menteri kita untuk melahirkan modal insan yang berasaskan keunggulan peribadi.
Mahasiswa perlu berdri gagah dan berjiwa besar sebagai rakan pembangunan negara yang tercinta ini.Mahasiswa perlu menyemai cinta kepada agama,bangsa dan tanah airi.Alif Ba dan Ta.